Thursday, November 19, 2009

Tiada Kusangka Bola-Bola Api

Kalau kat Malaysia, keluarga aku memang langsung tak tengok bola. Mase World Cup Germany 2006, kitorang terbongkang malam-malam tengok Akademi Fantasia sambil makan goreng pisang (mak aku memang suke menggoreng malam-malam. Tengah tengok movie kat Astro kang tau-tau dah ade cempedak goreng kat sebelah).

Tapi sejak-sejak housemate aku beli foosball letak kat rumah, aku semakin berminat menonton bolasepak, untuk mengasimilasikan teknik bolasepak sebenar dan menyalurkan beliau ke arah menguasai foosball. Malam ni (atau malam tadi, atau malam nanti, mengikut zon longitud korang) France menang dalam kelayakan Piala Dunia menentang Ireland. Tapi kesemua orang French sedar dan tahu bahawa ia adalah sebuah victoire volée - kemenangan yang dicurik, sebab Henry main pakai tangan. Mungkin beliau tibe-tibe diserang lapsus kat depan gol seraya menyangka beliau sebenarnye tangah bermain beach netball. Dalam mase 20 saat lepas match tamat, dah ade beberapa ratus group Facebook seperti "The French Cheated Their Way To South Africa", "Join This Group If You Love Henry's Hands" dan sebagainye, dan beribu-ribu orang join dalam masa beberapa minit.

Kat seluruh France sekarang orang Islam sedang bergembira. Eh, orang Algeria. Sebab diorang menang lawan Mesir. Jalanraya semua penuh dengan orang Arab, dengan hon diorang, dengan wisel diorang, dengan bunga api diorang. Walaupon diorang lahir kat sini dan cakap Perancis, tapi hati diorang masih di tanah asal. Kalau France kalah tadi, konfem lagi sesak jalanraya sebab diorang akan ade 2 sebab untuk seleburit. Kalau kerajaan France yang racist ni memang betul-betul nak hapuskan orang Arab di bumi Perancis, diorang cume perlu letak bom C4 merata-rata kat jalanraya, gerenti 6 juta orang Arab kat France ni semua mati. Yang tinggal cume orang hitam ngan orang Eastern Europe je. One down, two to go.

Bile kawan-kawan aku kutuk orang Arab yang bising haram jadah kat atas jalanraya, diorang pandang aku pastu kate, "Ko tak kesah kan kitorang kutuk orang Arab?" Eh apahal plak aku nak kesah? Aku juge bengang dengan bunyik bising kat luar. "Takde la, mane la tau. Antara orang Islam kan ade brotherhood, aku kutuk diorang kang takut ko terasa pulak." Haha, mampus diorang la. Sape suruh buat bising. Kalau ko dah buat salah, tak kire la ko Islam ke, hape ke, salah jugak. Dan sah-sah kat France ni memang orang Arab je yang buat pasal. Takkan aku nak defend.

Sebenarnye aku tak tau pon malam ni ade final match kelayakan World Cup. Tetibe kol 9 malam, rumah aku dah penuh. Rupenye housemate ajak member-member lepak tengok bola. Yela, rumah aku kan TV 98 inci. Aku tanye diorang secara diplomatik, "Sape lawan malam ni?" Diorang sume pandang aku dengan sinis. Pastu ade sorang jawab, "Mongolia lawan Peru."

"Ooo... Ok. Selamat menonton."

Pastu diorang gelak ramai-ramai. "Bongok, France lawan Ireland la. Kalo Mongolia lawan Peru, buat hape kitorang nak sebok serbu rumah ko tengok match. Baik aku hem hem ngan gofren aku," kata mereka memperlekehkan aku.

La, mane aku tau. Aku tanye soalan tu pon bukan sebab aku betul-betul nak tau, tapi atas dasar sopan-santun sebagai tuan rumah, nak buat small talk supaya tak janggal. Kisah ape aku sape lawan sape. Kalau ko kate tu match Firaun lawan Super Mario pon haku tak peduli.

Ni France dah menang, alamatnye aku akan menghadapi satu lagi summer di mana TV penuh dengan bolasepak. Iklan Nutella pon akan bertemakan bola, di mana diorang jual Nutella dengan botol berbentuk bola FIFA edisi terhad. Aku paling benci musim bola di mane dunia menjadi satu planet zombie. Bangun bola, tidur bola, minum Coca Cola.

Kalau terrorist nak amik alih dunia, musim bola memang waktu yang paling sesuai sebab semua askar, polis, bomba, sharp shooter, perisik antarabangsa, pemandu kereta kebal, kapal selam, dan bodyguard kat dunia akan tercongok depan TV.

Kalau curik jambatan KLCC malam-malam bawak balik rumah pon kompem takde sape sedar.





Tuesday, November 17, 2009

Vanity

Aku memerlukan wardrobe overhaul. Aku mendapati pakaian aku semuanya sudah membosankan. Takde variasi dan takde daya tarikan. Lagipon kali terakhir aku membeli-belah adelah mase summer haritu, dan kebanyakannye hanye jeans dan pakaian musim panas.

Disebabkan
Boxing Day akan tiba dalam mase sebulan setengah dan aku sedang kumpul duit, aku perlu plan dari skang ape yang aku nak beli pada hari tersebut. Kepada sesiapa yang tak berminat pada fesyen lelaki atau fesyen in general, boleh la ke tepi.

Aku memerlukan :


Military jacket sebijik macam ni, atau lebih kurang (nak sebijik tak bleh la kot, sebab yang ni D&G, harge 1300€).


Kasut Ed Hardy Lowrise (fyi, Christian Audiger adelah seorang genius).

Sepasang Nike Jordans PHLY Legend camni tapi lowrise (ade ke?).



Trench coat navy blue klasik dari Burberry. Jenama lain taknak, walaupon design serupa.




Jaket merah Tom Ford, atau serupa (dan mesti lagi murah)



Kasut Lodger untuk Gala taun depan



Coat macam ni berjenama Etro. Atau sama design. Ni sumpah aku kene geledah satu London baru boleh jumpe (yang murah).

Jaket camni.


Boston Bag. Sebab beg travel aku sumenye terlebih besar atau terlebih kecik. Aku nak yang sedang-sedang saja. Aku benci beg sorong sebab bising.


Paul Smith messenger bag. Untuk pegi kelas. Leceh la pakai beg galas.



Jam vintage yang paling asas skali. Hanye ade jarum. Nombor pon takde. Tapi tak semestinye Piaget. Pokai la aku. Dan kalo boleh kene tali besi. Aku alergik tali kulit.



Seat basikal Paul Smith. Okey ni sebenarnye tak masuk dalam list. Cume aku rase bende ni kool.

Disebabkan keadaan kewangan agak goyah sejak kebelakangan ni, maka aku kene tunggu Boxing Day baru bleh beli (jadi sile jangan batak kalo budak-budak yang belajar kat UK pakai barang-barang branded nak mampus. Sah-sah beli mase Boxing Day.)

Sekian.

Saturday, November 14, 2009

Matahari Terbit

Hari ni aku akan buat guided visit ke Orsay Museum, Paris. Rasenye ni kali kedua dalam hidup aku buat guided visit. Aku tak suke buat bende ni sebab takde kebebasan, terutama bile melancong dengan travel guide. Diorang hanye tunjuk bende-bende yang famous dan sangat obvious. Aku lagi suke sesat-sesat dan discover bende-bende pelik.

Dan kalo pegi muzium, aku tak suke ade guide sebab diorang akan terangkan semua mende sampai takde misteri dah kat sesebuah lukisan. Pada aku, seni ni sepatutnye tak payah diterangkan. Kalo ko nak tengok lukisan, ko kene feel. Kalau ko nak tau setiap detail pada lukisan tu, baik ko baca novel.

Tapi kali ni aku terpaksa pegi guided visit sebab INSA yang anjurkan. Dan topik perbincangan kali ni adelah impressionism, antara cabang seni yang paling prominen kat France. Untuk makluman, Claude Monet sangat obses dengan cathedral yang ade kat Rouen *hinsf hinsf*.

Tamat small talk. Mari beranjak ke kisah sebenar. Sebenarnye mase diorang anjurkan bende ni, ade ramai orang nak pegi, tapi hanye ade 25 tempat. Yela, muzium tu antara yang terulung kat dunia, dan bukan senang nak dapat guided visit pada harga yang agak murah camni. Jadi agak berebut la jugak orang nak grab tiket hari tu. Dan aku datang lambat, maka aku tak dapat teket. Penat aku merayu, diorang kate diorang dah siap tambah 5 tempat lagi sebab demand tinggi, pon tak cukup. Lima tempat je ko tambah memang la tak cukup, sengal. Tambah la tiga ratus.

Sebulan pun berlalu.

Semalam (iaitu hari sebelum visit ni akan berlangsung), aku terserempak minah yang jual teket tu. Die nampak aku lantas berkata, "Eh ade beberapa orang tarik diri dari visit esok, ko nak join?"

Di wajahnye kelihatan satu rona desperate yang amat nyata. Aku tanye die, kenape tak hantar e-mail kat INSA mailing list tu. Die kate dah terlambat, sebab last minute sangat. Semua orang dah ada plan lain untuk weekend.

Tetibe aku rase seperti beliau memerlukan aku lebih daripada aku memerlukan beliau, maka aku adelah master dan beliau slave. Maka aku boleh la jual mahal sikit. "Alamak aku ade plan la. Esok petang aku kene pegi Paris jumpe kawan. Sori."
Ini memang betul, aku tak tipu.

"Eh muzium ni kan memang kat Paris. Jadi ape kate ko ikut kitorang, pastu lepas lawatan muzium tu ko lepak je la terus kat Paris, takyah balik dengan kitorang. Amacam?"

Ye, beliau dah mule merayu. Terasa diriku begitu berharga. Baru die tau perasaan merayu. Aku memang tak pernah nak merayu-rayu sangat, jadi kalo aku merayu tu maknenye aku nak sangat la tu, sampai sanggup mengenepikan egoku yang sangat tinggi ini. Jadi skang aku amat bangga bile die merayu balik kat aku.

Yang peliknya, aku tetibe rasa malas nak pegi. Yela, bile tempat terhad dan demand tinggi, memang ko rase macam ko mesti kene pegi sebab bende ni rare. Tapi bile bende tu dah kurang rare, dan disua kat ko ditatang dalam dulang emas, ko dah rase macam dia kurang exciting. Dah jadi not worth fighting for. Walaupon aku sangat teringin nak pegi, tapi tetibe aku tak teruja nak pegi di bawah anjuran minah ni. Sadis kah aku?

Tapi seriously. Aku dulu amat mencintai Leighton Meester yang bagi aku mempunyai kecantikan setaraf Audrey Hepburn. Rare dan sangat eksotik.Tapi lepas die buat photoshoot seksi untuk majalah GQ, semua
attraction (dan rasa hormat) aku hilang. Sebab dah terpampang depan mata. Aku tak paham kenapa manusia secantik tu pon maseh memiliki inferiority complex tentang fizikal sendiri sampai die terpaksa buat gambar hampir telanjang semata-mata supaya orang lain boleh validate kecantikan beliau. Some things are better left to the imagination. When you have to stoop so low for attention, that's when you lose class and dignity.

Sebab tu Audrey Hepburn maseh kekal sebagai muse aku sepanjang zaman.

Wednesday, November 11, 2009

Takde keje



KLIK GAMBAR KALO TAK CLEAR

Tuesday, November 10, 2009

SELAMAT HARI JADI ABAH.

I LOVE YOU.




Monday, November 9, 2009

Aku Ingin (Part II)

Ade banyak mende bodoh yang aku teringin gile babi nak buat, tapi tak berani sebab kesudahannya mungkin membencikan. Sebab ade banyak bende bodoh yang aku dah buat, dan kesudahannya terbukti membencikan.

Aku suke gigit pen. Atau pembaris. Kadang-kadang pemadam. Tapi paling best adalah bile gigit pensel kayu kaler kuning itam tuh. Sebab kayu tu agak lembut, dan bile gigit akan kedengaran bunyik crekkkk yang sangat pelan. Akan terasa nak gigit kuat gile tapi takbleh sebab takut tergigit grafit.. Pernah aku tergigit grafit dan FYI, rase grafit TIDAK macam ayam percik.

Aku pernah cube-cube gigit liquid paper. Lembut gile. Rase cam gigit cuwinggam. Tapi gigit sikit-sikit je la, sebab takut pecah pulak mende alah tu. Tapi jauh di dasar hati selalu tertanye-tanye ape akan jadi kalo aku gigit kuat-kuat. Akhirnye mase aku Form 4, tengah exam Sejarah kot time tu, aku agak nervous sebab aku memang ditakdirkan tidak terer Sejarah. Jadi mase jawab esei tu aku gigit-gigit la liquid paper tersebut. Nak dijadikan cerita, tibe-tibe aku terasa pancutan bendalir hangat di dalam mulut. Putih, likat dan kelat. Sial. Pecah liquid paper aku. Dan aku pon terus berlari ke toilet seraya membasuh mulut laju-laju sebelum liquid tu kering. Dan aku dapat jawapan, "Oo itu rupenye akibat menggigit liquid paper."

Mase aku darjah 5, kalo balik dari skolah, kene lalu depan rumah orang kaya-kaya. Sume ade porch besa dengan pagar tersergam. Paling penting, ade loceng. Aku sangat curious nak picit loceng tersebut memandangkan rumah aku mase tu takde loceng. Satu hari, aku dan Telur (nama besfren aku mase tu) balik dari latihan hoki. Bile lalu depan rumah-rumah berloceng ni, aku pon picit la salah satu loceng. Aku dengar bunyik "ting tong". Pastu aku gelak, sebab baru aku tau, "Oo camtu rupenye bunyik loceng." Tibe-tibe aku terdengar pintu rumah tu dibukak. Aku dan Telur pun lari laju-laju, dengan kayu hoki pulak tu. Tak sangka pulak pakcik empunya rumah tu adelah bekas pelari pecut Jamaica (aku rase la), sebab die kejar kitorang laju gile. Kaki ayam plak tu. Tapi aku mase tu pun pelari pecut jugak, jadi aku masuk lorong kecik-kecik, pastu sorok dalam longkang (ye, zaman tu aku muat masuk longkang). Mase tu Telur dah entah kat mane tah. Pastu aku dengar pakcik tu lari-lari atas longkang tempat aku menyorok (nasib baik longkang berpenutup) sambil maki-hamun sebab aku tetibe hilang. Tak terlintas pulak kat pale otak beliau untuk cek bawah penutup longkang. Sebijik macam dalam filem seram. Dalam banyak-banyak tempat, tempat yang pembunuh tu menyorok la yang ko tanak cek. Memang patut pon ko dibunuh, sebab bodoh sangat. Sejak dari tu baru aku tau, "Oo itu rupenye kesan memicit loceng rumah orang kaye."

Banyak lagi mende bangang yang aku teringin nak tau kesudahannye.

Dan tadi, ade sorang mamat bernama Dungu bin Bahalol telah merealisasikan satu lagi impian aku. Iaitu menarik brek keselamatan dalam metro. Ala, benda merah yang selalu kite nampak dalam komuter dan LRT yang bertulis "brek keselamatan, penyalahguna akan didakwa". Ha mendalah tu la. Aku dah lama teringin nak tarik. Tapi penakut. Dahla mende tu kaler merah, pastu tersembul keluar dan terletak betul-betul pada paras mata aku. Memang tempting. Setiap kali aku naik metro, beliau seperti berkata "tariklah aku, tariklah aku." Dan tadi, mamat Dungu bin Bahalol ni pon dengan yakin dan berdedikasi telah menarik mende ni tanpa segan silu. Kelajuan metro pon turun dari 80 km/h ke 0 km/h secara mendadak, dan kebanyakan penumpang pun hampir terpelanting disebabkan inersia. Jeritan dan cacian kedengaran. Bayi-bayi menangis ketakutan. Tangan-tangan bingkas meraba-raba mencari tiang untuk berpaut. Mereka yang tidak bernasib baik akan tersungkur di lantai metro, ada yang tergelungsur, ada yang terduduk. Ada juga yang bersujud, seperti mencari keredhaan Tuhan di tengah gegak-gempita, seperti Qarun yang mati ditelan bumi.

Pemandu metro pon keluar, sambil menyeret si Dungu bin Bahalol atas kesalahan bangang beliau. Akhirnye perkhidmatan metro tergendala 15 minit, dan Dungu bin Bahalol pon dibawa ke balai polis. Baru ku tau, "Oo.. Itu rupenye kesan menarik brek keselamatan metro."

Langkah seterusnya : membaling kucing dari tingkap tingkat dua, tengok kucing tu hidup ke tak. Sebab kucing ni macam mana pon ko baling, die tetap akan mendarat kat atas empat kaki dia. Aku agak curious untuk melihat, betul ke kucing ni ade sembilan nyawa. Ade sape-sape nak jalankan eksperimen ni untuk aku?




Friday, November 6, 2009

Rendang Kambing

Orang-orang tua kate, paku dulang paku serpih. Aku rase peribahasa ni sangat indah dan tepat, walaupon aku sendiri tak sure apekah kejadahnye bende alah paku dulang dan serpih ni. Sejenis kuih kah. Atau sejenis rempah ratus kah.

Apsal tetibe aku terpanggil (eceh terpanggil, "meletop BM mak nok," kata Azri Zahier sambil menepuk dada kanan sendiri) untuk menulis pasal orang-orang yang hidup di atas duniya? Sebab aku baru tengok ramai kawan aku yang menge-join group Facebook yang membantah Islamophobia. Aku sangat menyokong group ni sebab at least Facebook ni boleh jugak wujudkan awareness dan bukan hanye untuk intai member-member.

Kemudian aku pon membaca komen-komen dalam group pro-Islam ni sambil browse gegambar yang diorang letak untuk menyemarakkan lagi semangat orang-orang Islam.
Aku agak sedih bile nampak komen-komen seperti "pegi mampus kafir lahanat" atau "fuck non-Muslims!!!" atau gambar Hitler yang dihiaskan dengan tulisan "Fuck Jews".

Kenapa kite kene perjuangkan nama Islam dengan menjadi anti-semitik atau dengan cara memaki hamun orang bukan Islam? Bayangkan kalau zaman dulu Nabi Muhammad berdakwah dengan berkata, "Korang yang bukan Islam ni memang lahabau. Pegi mampus masuk neraka hark ptuih~". Agak-agak die dapat ke menarik minat kafir Quraisy tu sume?

Ingat kalo ko Islam, boleh terus dapat visa diplomat masuk syurga la? Kalo mulut cam lahanat kutuk agama orang lain, mengapi-apikan sesama manusia, pedajal orang, bunuh sana-sini, tak masuk syurga gak rasenye. Rasenye la. Aku mane tau, aku bukan Tuhan.

Ade kawan aku kata, "Ala rilekla, pelacur bagi anjing minum air pon boleh masuk syurga. Dosa aku ni apela sangat."

Kalo ko buat salah, mengaku la salah. Jangan wajarkan tindakan ko buat salah. Sekurang-kurangnye pelacur tu tau bahawa melacur tu berdosa. Dosa pahala tu soal die dengan Tuhan, ko jangan campur. Tapi kalo die cube rasionalkan tindakan die melacur dengan berkata, "Ala kalau melacur tu berdosa kenapa Tuhan cipta nafsu dalam diri manusia?"

Itu carik pasal namenye.

Berbalik kepada cerita aku tadi, maka aku rase tidak wajarla kalo kite memperjuangkan agama Islam dengan cara mencaci-maki agama lain. Macam kisah Ganyang Malaysia yang tengah hot skang ni. Diorang kutuk kite maling, kite kutuk diorang anjing. Seolah-olah kite memadamkan kebakaran gune petrol. Api makin marak ade la.

Memang mustahil untuk berdiam kalau di-provoke sebegitu hebat, tapi bergaduhlah secara berhemah. Dan kalau tak mampu, diam je la. Bak kata seorang mamat yang bistari, "Better to remain silent and be thought a fool than to speak out and remove all doubt."